
MyInvoisMudah ialah perisian pengurusan quotation, invoice, bayaran dan persediaan e-Invoice. Pengguna bertanggungjawab memastikan maklumat cukai, identiti pembeli, klasifikasi, kadar tax dan dokumen yang dihantar adalah tepat.
Perisian ini bukan portal rasmi dan tidak berafiliasi dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Fungsi integrasi API bergantung pada credential, akses dan spesifikasi semasa MyInvois.
Langganan tertakluk kepada pelan, had penggunaan, tarikh tamat dan polisi pembayaran yang dipaparkan ketika pembelian. Akaun boleh digantung bagi penyalahgunaan, percubaan akses tanpa kebenaran atau bayaran tertunggak.
Data pelanggan tidak boleh digunakan untuk aktiviti melanggar undang-undang. Pengguna perlu membuat semakan dan backup rekod penting mengikut keperluan perniagaan.